Pindaan Akta Pencetakan Teks Al-Qur’an Dibentang Di Dewan Rakyat

February 15, 2023

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Pencetakan Teks Al-Qur’an (Pindaan) 2023 dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, hari ini, yang antara lain untuk menaikkan penalti serta hukuman penjara bagi kesalahan mencetak atau menerbitkan teks al-Quran yang tidak diperakui Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran (LPPPQ).

RUU yang bertujuan meminda Akta Pencetakan Teks Al-Qur’an 1986 itu mencadangkan peningkatan jumlah penalti maksimum daripada RM10,000 kepada RM50,000, manakala hukuman maksimum penjara pula daripada tiga tahun kepada lima tahun.

Selain itu, menaikkan penalti untuk kesalahan mencetak atau menerbitkan sesuatu teks al-Quran yang berbeza daripada ayat al-Quran yang diperakui betul oleh LPPPQ, dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak lebih RM50,000 berbanding RM20,000 sebelum ini.

Ia juga memberi mahkamah kuasa untuk memerintahkan pelucuthakan sesuatu teks atau bahan al-Quran yang tidak mengikut kaedah penulisan ditentukan LPPPQ.

RUU itu turut memasukkan seksyen baharu bertujuan memberi kuasa kepada LPPPQ untuk mengeluarkan garis panduan atau arahan sebagaimana difikirkan sesuai untuk mengawal selia pencetakan, pengimportan, penerbitan, penjualan, pengedaran, pelupusan, penterjemahan atau pentafsiran teks atau bahan al-Quran.

Peruntukan baharu itu juga membenarkan LPPPQ mengenakan penalti kewangan bagi apa-apa ketidakpatuhan terhadap mana-mana garis panduan atau arahan dikeluarkan oleh lembaga itu.

RUU itu dibentangkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah yang menyatakan bacaan kali kedua dan ketiga akan dibentang pada persidangan Dewan Rakyat ini. – BERNAMA

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/02/1064702/pindaan-akta-pencetakan-teks-al-quran-dibentang-di-dewan-rakyat

Harian Metro: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/02/936370/penalti-hingga-rm50000-dicadang-jika-cetak-al-quran-tiada-perakuan
Utusan: https://www.utusan.com.my/nasional/2023/02/denda-rm50000-penjara-5-tahun-cetak-al-quran-tidak-diperakui/

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2023 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help