Pesta Bola Sepak Lenggong Geopark 2026

May 30, 2026

LENGGONG – Pesta Bola Sepak Lenggong Geopark 2026 akan diadakan pada Ahad, 31 Mei 2026, bermula jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam di Padang Majlis Daerah Lenggong.

Menurut Shamsul Anuar Nasarah, program berkenaan merangkumi kejohanan bola sepak 9 sebelah Terbuka Perak bagi merebut Piala YB Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, yang dianjurkan sempena penganjuran Lenggong Dialog 2026. Kejohanan itu disertai 24 pasukan.

Penyertaan turut melibatkan pasukan luar negeri Perak iaitu OKR Penang; GERS FC A dan GERS FC B dari Kuala Lumpur; serta DARSYA dari Kulim, Kedah. Bagi pasukan dari dalam negeri Perak pula, penyertaan termasuk Dreams Team (Ipoh), IMW FC (Taiping), ROC & Friends (Kuala Kangsar), Unity FC (Ipoh), Tarantula (Ipoh), Perak Cops (Pasukan Polis Perak), serta Dream Team (Ipoh).

Dari segi atur cara, perlawanan Pesta Bola Sepak 9 Sebelah dijadual berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Program diteruskan pada waktu malam dengan Penalty Challenge (32 pasukan), Netball Shooting Challenge (26 pasukan), dan E-Sport (10 pasukan) dari jam 8.00 malam hingga 9.30 malam, diikuti cabutan bertuah pada jam 9.30 malam hingga 10.00 malam.

Separuh akhir kejohanan 9 sebelah akan bermula jam 10.00 malam, diikuti rehat dan cabutan bertuah pada jam 10.30 malam hingga 10.45 malam, sebelum perlawanan akhir berlangsung dari jam 10.45 malam hingga 11.00 malam. Majlis seterusnya diteruskan dengan penyampaian hadiah Pra Pelancaran Liga Lenggong Geopark (Terbuka Hulu Perak) pada jam 11.15 malam.

Penganjur turut menyediakan cabutan bertuah dengan hadiah termasuk motosikal, barangan elektrik dan hamper. Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan program tersebut.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help