Pertemuan Dengan Timbalan Menteri Ekonomi Bincang Projek Pembangunan Parlimen Lenggong
PUTRAJAYA – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri di Kementerian Ekonomi, YB Dato’ Indera di Kementerian Ekonomi pada Isnin.
Pertemuan yang berlangsung pada jam 12.30 tengah hari itu membincangkan pelbagai perkara berkaitan projek pembangunan dalam kawasan Parlimen Lenggong yang diwakili beliau.
“Banyak perkara yang dibincangkan dan saya mengambil peluang membincangkan beberapa perkara berkaitan projek pembangunan dalam kawasan Parlimen Lenggong yang saya wakili,” kata Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar.
Pertemuan tersebut dilihat sebagai usaha proaktif beliau dalam memastikan keperluan pembangunan di kawasan Parlimen Lenggong terus mendapat perhatian serta sokongan daripada kementerian berkaitan di peringkat kerajaan pusat.
Ia sekali gus mencerminkan komitmen berterusan Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar dalam memperjuangkan agenda pembangunan bagi manfaat rakyat di kawasan yang diwakilinya.

