Pertandingan Penalti & Netball Shooting Challenge Tertutup RELA Daerah Lenggong Tahun 2022
December 15, 2022
RELA Lenggong memang aktif menjalankan pelbagai aktiviti bersama masyarakat selain melaksanakan tanggungjawab hakiki mereka.
Malam ini saya merasmikan aktiviti PERTANDINGAN PENALTI DAN NETBALL SHOOTING CHALLENGE (Tertutup RELA Daerah Lenggong) Tahun 2022.
Pertandingan turut dihadiri oleh Pemangku Pengarah RELA Perak, Pegawai RELA Lenggong dan pegawai pegawai serta anggota RELA pelbagai peringkat.
Lebih 28 pasukan terlibat dan saya percaya kegiatan seumpama ini akan lebih memperkukuhkan fungsi RELA terutama dalam aktiviti kesukarelaan dan kemasyarakatan.
Hadir saya ialah Ketua Puteri UMNO Perak. Isteri saya DS Hamisah Hussin turut memeriahkan acara ini.