Pertandingan Nasyid Terbuka Sempena Karnival Sayangi Lenggong

July 19, 2026

LENGGONG – Pertandingan Nasyid Sayangi Lenggong secara terbuka telah diadakan sempena Program KDN Turun Padang dan Karnival Sayangi Lenggong serta Lenggong Dialog 2026 (LD’2026) yang berlangsung di Dataran Lenggong pada Jumaat.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah yang juga merupakan Ahli Parlimen Lenggong berkata, pertandingan tersebut merupakan salah satu acara utama yang diadakan bagi memeriahkan lagi karnival dua hari berkenaan.

Beliau berkata, pertandingan yang dibuka kepada semua peserta tanpa had ini memberikan peluang kepada kumpulan-kumpulan nasyid untuk menyertai serta mempamerkan bakat dan kemahiran masing-masing di pentas Karnival Sayangi Lenggong.

Pertandingan nasyid tersebut merupakan antara pelbagai aktiviti yang disediakan sepanjang karnival berlangsung, selain pameran daripada jabatan dan agensi kerajaan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Program KDN Turun Padang dan Karnival Sayangi Lenggong 2026 yang berlangsung pada 18 dan 19 Julai merupakan inisiatif berterusan bagi mendekatkan perkhidmatan kerajaan kepada masyarakat setempat di kawasan Parlimen Lenggong.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help