Persidangan Keselamatan & Penguatkuasaan Undang-Undang Antarabangsa 2026 Di UK

March 12, 2026

FARNBOROUGH, UK – Persidangan Home Office Security and Policing 2026 yang berlangsung di Farnborough International Exhibition & Conference Centre hari ini telah menghimpunkan lebih 9,600 peserta yang diluluskan oleh Home Office United Kingdom serta lebih 400 pembekal teknologi keselamatan bertaraf dunia. Program keselamatan global rasmi anjuran Home Office UK ini menjadi platform utama bagi kerajaan, agensi keselamatan, dan syarikat teknologi dari seluruh dunia untuk berkongsi inovasi, membina kerjasama, dan membincangkan strategi masa depan dalam bidang keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.

Taklimat utama telah disampaikan oleh Menteri Home Office UK, Alex Norris, yang menekankan kepentingan pengukuhan keselamatan sempadan melalui inovasi teknologi, perlindungan negara dengan penggunaan teknologi keselamatan terkini serta kerjasama antarabangsa, dan penyelesaian praktikal untuk menjadikan bandar serta komuniti lebih selamat. Sebanyak 58 sesi pakar telah diadakan di tiga pentas utama, membincangkan pelbagai isu keselamatan global termasuk ancaman siber, pengurusan sempadan, perlindungan infrastruktur kritikal, dan pembangunan teknologi baharu dalam bidang pengawasan serta penguatkuasaan undang-undang.

Turut hadir mewakili Malaysia ialah YB Dato’ Sri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, bersama delegasi pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk En. Syafiq Dahalan (Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Dalam Negeri), Datuk Dazma Shah Daud (Pegawai Khas Timbalan Menteri Dalam Negeri), En. Muhammad Luqman Haqim Roslan (Penolong Atase Imigresen), DSP Hafidzah Zainol Abidin (Setiausaha Pertama, Perhubungan Keselamatan, PDRM), ACP Mohd. Hafiz Jehangir Shah Mohd. Afzal (Pegawai Perhubungan Keselamatan, PDRM), dan Mr. Maxwell Francis (Atase Imigresen).

Menurut Shamsul Anuar Nasarah, persidangan ini menegaskan kepentingan kerjasama antarabangsa dan penggunaan teknologi keselamatan terkini dalam menghadapi cabaran keselamatan global yang semakin kompleks. Beliau turut menekankan bahawa platform seperti ini membuka ruang untuk pertukaran ilmu, perkongsian teknologi, dan pembentukan jaringan kerjasama yang lebih erat antara negara demi memastikan keselamatan dan keamanan sejagat dapat dipertingkatkan secara berterusan.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help