Permatang Gunung Pulut Geotapak Geopark Lenggong
Satu daripada geotapak menerik untuk dikunjungi. Gunung Pulut adalah geotapak penting. Ia mewakili landskap permatang kuarzit yang berusia sekitar 500 juta tahun. Menyamai usia Gunung Mancchingcang Langkawi Kedah. Ia menarik untuk dikunjungi.
Geotapak ini mewakili permatang jurus hampir menegak pelapisan tebal batuan kuarzit. Permatang yang mempunyai ketinggian sekitar 651 m berjurus timur laut-barat daya, hampir 1 km panjang dan rabung/puncak yang sempit. Singkapan ini membentuk permatang kerana batuannya keras dan tahan terhadap proses luluhawa.
Formasi Kuarzit Papulut adalah antara batuan tertua di Semenanjung Malaysia berusia 550 juta tahun. Sifat batuan yang kaya silika dengan lapisan tanah yang nipis sesuai untuk pokok cucur atap dan gelam bukit. Komuniti setempat menyediakan pakej mendaki bukit untuk menikmati keindahan panorama.
Geotapak ini berada di dalam Hutan Simpanan Kekal Papulut dan terpulihara di bawah Enakmen Nombor Warta 960 Jabatan Perhutanan Perak. Geotapak ini mempunyai nilai saintifik bertaraf kebangsaan.
SUMBER INFO : Jawatankuasa Saintifik Dan Pemulihan Geopark Lenggong
Saya bersama pimpinan kampong Tawai Gerik, mengadakan lawatan ke kawasan ini. Pembangunan infrastruktur kawasan ini sedang dibina antaranya Panel Maklumat, Parking Kenderaan dan lain-lain. Ini projek dibawah PEMERKASA yang saya luluskan sewaktu mengetuai KeTSA. terima kasih JMG Perak yang menyelaras pembinan ini.