Perkukuhkan Kerajaan Perpaduan & Perkuatkan UMNO Serta Barisan Nasional
Pemilihan dalam UMNO telah selesai. Kepimpinan UMNO di semua peringkat telah dibentuk. Maka ini masa untuk kita focus perkukuh dan perkuatkan parti.
Realitinya politik telah berubah, keadaan sudah berbeza. Kerana itu pendekatan dan cara UMNO BN mesti berlainan daripada sebelum ini. Ini mesti dilakukan supaya UMNO BN kekal releven biarpun pelbagai perubahan telah berlaku.
Namun, prinsip dan ideologi UMNO kekal dipertahan serta diperkukuhkan.
Yang pengting, kita lupakan perbezaan antara kita. Rapatkan kepimpinan UMNO disemua peringkat. Kita mesti gerak ke dihadapan.
Berbaktilah kepada rakyat dan negara. Selagi kita bersama rakyat, rakyat akan bersama kita.
Hari ini saya hadir ke PERJUMPAAN KHAS BERSAMA YAB PRESIDEN UMNO MALAYSIA di WTC Kuala Lumpur.
YB DATUK SERI DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia.