Perjumpaan Bersama Pimpinan Wanita UMNO Lenggong Bagi DUN Kenering

August 16, 2026

LENGGONG – Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah telah mengadakan satu sesi perjumpaan khas bersama barisan pimpinan Wanita UMNO Bahagian Lenggong bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kenering pada hari Khamis.

Perjumpaan tersebut telah berlangsung pada jam 3.30 petang di Pusat Khidmat Pegawai Khas Menteri Besar Perak (DUN Kenering) dan dihadiri oleh ketua-ketua serta pimpinan Pergerakan Wanita UMNO di peringkat cawangan dalam kawasan DUN Kenering.

Sesi perjumpaan ini bertujuan untuk membincangkan hala tuju serta mengukuhkan lagi jentera Pergerakan Wanita UMNO di peringkat DUN berkenaan, selain mendengar maklum balas dan pandangan daripada pimpinan akar umbi berhubung isu-isu semasa yang dihadapi masyarakat setempat.

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar yang juga merupakan Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Pengerusi Bilik Gerakan Pilihanraya BN Lenggong menekankan kepentingan peranan sayap Wanita sebagai tunggak kekuatan organisasi parti di Parlimen Lenggong yang merangkumi 33 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan 67 cawangan.

Pendekatan perjumpaan secara berkala bersama setiap sayap parti di peringkat DUN ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan beliau dalam memastikan kesepaduan dan kesiapsiagaan jentera Barisan Nasional di semua peringkat menjelang pilihan raya akan datang.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help