Perjumpaan Bersama Pimpinan PDM Ulu Kenderong
GERIK – Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah telah mengadakan perjumpaan bersama pimpinan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Ulu Kenderong di Dewan Ulu Kenderong, pada 18 Jun 2026, jam 3.00 petang.
Beliau memaklumkan bahawa selaku Pengerusi Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Lenggong, beliau diberikan tanggungjawab untuk memastikan jentera BN di semua peringkat berfungsi dengan baik dan bergerak secara tersusun. Sehubungan itu, beliau turut diamanahkan untuk menyusun serta memperkukuh kekuatan jentera BN di kawasan berkenaan bagi membantu usaha menjadikan PDM Ulu Kenderong kembali dimenangi BN.
Menurut beliau, perjumpaan tersebut memberi ruang untuk membincangkan pelbagai perkara berkaitan gerak kerja, penyelarasan organisasi, serta pengukuhan jentera parti di peringkat akar umbi.
Perjumpaan itu turut dihadiri pimpinan UMNO dari Tanjung Kala, Ulu Kenderong dan Air Jernih dalam PDM Ulu Kenderong. Beliau turut ditemani Cikgu Aida selaku Pegawai Khas Menteri Besar Perak (DUN Kenering), Setiausaha UMNO Bahagian Lenggong, serta En Ali Noor selaku Penyelaras Zon Kenderong UMNO Bahagian Lenggong.

