Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri Jun 2026

June 10, 2026

PUTRAJAYA – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi bulan Jun 2026 yang berlangsung di Dewan KDN Putrajaya pada Isnin.

Perhimpunan tersebut dianjurkan bersama-sama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan telah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail.

Majlis perhimpunan bulanan ini merupakan platform penting bagi menyampaikan maklumat terkini berkaitan hala tuju, dasar serta perkembangan semasa kementerian kepada seluruh warga KDN.

Ia turut bertujuan memupuk semangat kerja berpasukan serta memastikan keselarasan pelaksanaan dasar dan inisiatif kementerian dalam kalangan seluruh kakitangan.

Kehadiran kedua-dua pemimpin tertinggi kementerian pada perhimpunan tersebut mencerminkan komitmen kepimpinan KDN dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkesan kepada rakyat.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help