Perhimpunan Bulanan KDN April 2026 Fokus Keselamatan & Penguatkuasaan Sempadan
PUTRAJAYA – Perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri KDN bagi bulan ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri. Majlis tersebut turut dihadiri YB Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri. Program yang dianjurkan bersama Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis IPCC ini mengetengahkan isu keselamatan semasa serta tahap kesiapsiagaan negara dalam menghadapi cabaran global.
Dalam ucapannya, YB Menteri Dalam Negeri menyentuh perkembangan konflik antarabangsa yang berpotensi memberi kesan kepada bekalan tenaga dan ekonomi negara. Kerajaan akan terus mengutamakan kebajikan rakyat serta mengekalkan pendekatan subsidi bagi mengurangkan impak kenaikan kos sara hidup.
Pada masa yang sama, KDN akan mempergiat penguatkuasaan, khususnya di kawasan sempadan, bagi membanteras ketirisan dan penyeludupan. Ini termasuk pemantauan stesen minyak berisiko tinggi melalui pendekatan berasaskan data.
Beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap komitmen tinggi pasukan keselamatan di lapangan, di samping menegaskan kepentingan penambahbaikan aspek kebajikan anggota bagi memastikan kawalan sempadan terus dilaksanakan dengan berkesan.
Majlis turut menyaksikan peluncuran Pelan Strategik AI KDN serta Portal IPCC.

