Perbincangan Pembangunan Industri Makanan Halal Dengan Universiti Malaysia-China

July 24, 2026

PUTRAJAYA – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah pada 22 Jun 2026 menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi dan pengurusan tertinggi Quest International University serta Luohe Food Engineering Vocational University, sebuah institusi pengajian tinggi dari Wilayah Henan, China di pejabat beliau di Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menurut Shamsul Anuar, pertemuan tersebut membincangkan pelbagai perkara terutamanya berkaitan pembangunan industri makanan halal yang menjadi salah satu sektor strategik di peringkat global.

“Banyak perkara dibincangkan terutama berkaitan pembangunan industri makanan halal dan sebagainya,” katanya.

Pertemuan ini dilihat sebagai satu langkah positif dalam mengukuhkan hubungan kerjasama antara institusi pengajian tinggi Malaysia dan China, khususnya dalam bidang penyelidikan serta pembangunan industri makanan halal yang semakin mendapat permintaan tinggi di pasaran antarabangsa.

Quest International University merupakan sebuah institusi pengajian tinggi swasta yang berpangkalan di Ipoh, Perak, manakala Luohe Food Engineering Vocational University adalah sebuah universiti vokasional yang mengkhususkan bidang kejuruteraan dan teknologi makanan di Wilayah Henan, China.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help