Perbincangan Bersama Bapak Surya Wakil Gubernur Sumatera Utara

February 19, 2026

MEDAN – YB Datuk Shamsul Anuar Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia merangkap Ahli Parlimen Lenggong, telah mengadakan pertemuan dengan Wakil Gubernur Sumatera Utara, Bapak Surya, pada 18 Februari 2026.

Pertemuan ini berlangsung dalam suasana mesra dan penuh semangat kerjasama. Kedua-dua pemimpin saling bertukar pandangan mengenai usaha memperkukuh hubungan antara Malaysia dan Sumatera Utara.

YB Datuk Shamsul Anuar Nasarah turut merakamkan penghargaan atas sambutan yang diberikan oleh pihak Sumatera Utara. Beliau berharap agar hubungan baik yang terjalin akan terus diperkukuh melalui pelbagai inisiatif bersama pada masa akan datang.

Bapak Surya pula menyambut baik kehadiran delegasi Malaysia dan menzahirkan harapan agar kerjasama yang terjalin dapat memberi manfaat kepada rakyat di kedua-dua wilayah.

Pertemuan ini diakhiri dengan sesi bergambar kenangan sebagai simbolik kepada hubungan erat yang terjalin antara Malaysia dan Sumatera Utara.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help