Perasmian Malam Apresiasi Highlanders Kolej Ibrahim Yaakub UKM
BANGI – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah merasmikan serta menyampaikan ucapan pada Malam Apresiasi Highlanders Kolej Ibrahim Yaakub Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berlangsung pada Selasa malam.
Majlis yang bermula pada jam 9 malam itu turut dihadiri Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Ts. Dr. Haji Norinsan Kamil Othman; Pendaftar Universiti, Tuan Haji Zanudin Mohd Daud serta Pengetua Kolej, Dr. Seri Mastura Mustaza.
Malam Apresiasi tersebut merupakan majlis penghargaan bagi kesemua mahasiswa dan mahasiswi Kolej Ibrahim Yaakub yang seramai 700 hingga 800 pelajar yang telah banyak menyumbangkan tenaga serta idea dalam meningkatkan kecemerlangan kolej dan universiti di peringkat kebangsaan.
Kehadiran Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bagi merasmikan majlis tersebut memperlihatkan sokongan kepimpinan kerajaan terhadap usaha serta sumbangan golongan mahasiswa dalam memacu kecemerlangan institusi pengajian tinggi negara.
Majlis apresiasi seumpama ini dilihat mampu memupuk semangat serta motivasi dalam kalangan mahasiswa untuk terus cemerlang dan menyumbang kepada pembangunan universiti serta negara.

