Perasmian Majlis Pelepasan Ekspedisi Saintifik Lenggong Geopark

August 2, 2023

“Sektor pelancongan menjadi focus untuk dibangunkan Lenggong. Pengiktirafan Lenggong Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 2012 & Lenggong Geopark pada 16 Disember 2022 menjadi penting pembangunan ini”

PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak kerana sudi untuk menjemput saya bagi merasmikan majlis pada hari ini.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada para peserta kerana memberi komitmen dan berbesar hati untuk mengikuti Ekspedisi Lenggong Geopark yang berlangsung pada 1 hingga 5 Ogos 2023 ini.

IMPIAN SAYA
Impian saya sangat tinggi. Mahu sektor pelancongan di Lenggong berkembang maju setanding dengan tempat dan negeri lain. Lenggong mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 30 Jun 2012. Namun diawalnya agak perlahan, kesan diterima rakyat dan negeri. Kesedaran masih rendah ketika itu.

Kemudian apabila saya diamanahkan sebagai Menteri KeTSA. Saya melihat peluang ada dihadapan saya, apabila beberapa kali saya dibawa melawat kawasan Geopark yang ada dinegara ini. Saya ke Langkawi, Geopark Lembah Kinta dan Perlis serta beberapa tempat lain.

Dari situ, saya melihat Lenggong punyai potensi besar. Ada banyak keistimewaan yang ada pada Lenggong, yang meyakinkan saya Lenggong mampu diangkat sebagai Geopark Kebangsaan. Maka, usaha dilakukan oleh JMG selepas. Dan alhamdulilah pada 19 Dis 2022 Lenggong diwartakan sebagai Geopark Kebangsaan ke 2 di Perak.

Dengan minat yang mendalam, saya sendiri mencipta lagu ” Kedamaian Lenggong” . Insyallah nanti saya akan lancarkan sedikit masa lagi.

NARATIF WARISAN LENGGONG
Lenggong Geopark meliputi hampir keseluruhan kawasan Parlimen Lenggong dengan keluasan 2,068km2. Bumi Lenggong Geopark menyimpan pelbagai khazanah ketamadunan manusia yang tinggi nilai warisannya serta bentuk muka bumi yang menarik dan unit seperti Gua Kajang dan Gua Teluk Kelawar.

Lenggong juga menyimpan bukti kejadian 2 peristiwa penting iaitu hentaman meteorit yang berlaku 1.83 juta tahun lampau dan letusan volkano Toba di Sumatera yang berlaku 75,000 tahun yang lalu.

Dari segi arkeologinya, rangka manusia (Perak Man) yang dipercayai hidup sekitar 10,000 tahun dahulu turut ditemui di Gua Gunung Runtuh.

Dengan segala nilai warisan yang bertaraf antarabangsa ini, saya yakin Lenggong mampu dinobatkan sebagai UNESCO Global Geopark yang ketiga selepas Langkawi UGGp dan Gunung Kinabalu UGGp.

EKSPEDISI LENGGONG GEOPARK 2023
Salah satu inisiatif bagi hasrat Lenggong Geopark kearah pengiktirafan UNESCO Global Geopark adalah menggalakkan kajian-kajian saintifik dan penerbitan jurnal dijalankan oleh para penyelidik.

Hari ini diadakan ekspedesi. Ekspedisi yang julung kali diadakan ini merangkumi 6 Kategori Kajian iaitu Geologi, Biologi, Pelancongan, Perladangan dan Pertanian, Keselamatan, Sejarah dan Budaya.

Saya dimaklumkan penyertaan ekspedisi kali ini hanya terbuka kepada 20 kumpulan sahaja. Pihak penganjur telah menerima respon yang sangat baik dan ramai penyelidik daripada IPTA/IPTS/Organisasi yang sangat tertarik untuk mengikuti ekspedisi kali ini.

Program Ekspedisi Saintifik yang pertama kali di jalankan di Lenggong Geopark. Ekspedisi ini bukan ekspedisi biasa tetapi akhirnya perlu menghasilkan produk geopelancongan. Contohnya, spesis flora yang langka diangkat di promosikan dalam bentuk poskad. Selain itu, data keselamatan yang dipetakan di dalam ekspedisi perlu untuk pembangunan papan tanda amaran di geotapak dan disepanjang geotrail. (3 geotrail – adalah Biogetrail Tasik Raban, Laluan Geobudaya Kompleks Kepala Gajah dan Georintis Gunung Pulut)

Lanjutan selepas program ini akan diadakan satu Seminar Saintifik Lenggong Geopark selama 3hari merangkumi pembentangan hasil kajian setiap kumpulan. Hasilnya, kesemua penyelidikan ini diterbitkan bagi tujuan produk geopenyelidikan dan pemangkin geopelancongan di Lenggong Geopark.

Pendokumentasian jurnal kajian berkaitan sumber warisan geologi, biologi dan budaya di Lenggong Geopark ini amatlah penting sebagai sumber rujukan masyarakat dan ahli penyelidik seluruh dunia.

Saya yakin bahawa program yang dijalankan ini memberi satu impak positif dan batu loncatan kepada Lenggong Geopark untuk mencapai misi kearah UNESCO Global dalam tempoh 2 hingga 3 tahun ini.

PENUTUP
Terima kasih sekali lagi kepada pihak penganjur, kesemua urusetia dan jawatankuasa Program Ekspedisi Sainstifik Lenggong Geopark kerana menjalankan program yang julung kalinya diadakan di Lenggong ini. Semoga segala usaha dan inisiatif sebegini dapat merealisasikan hasrat kita untuk menjadikan Lenggong Geopark kearah UNESCO sebelum 2025 akan tercapai.

Saya juga berharap agar kehadiran para penyelidik, prof, Dato, Dr, tuan-tuan dan puan-puan semua dalam program kali ini dapat memberi impak yang positif kepada pembangunan modal insan dan nilai saintifik di bumi Lenggong Geopark.

YB DATUK SERI DR SHAMSUL ANUAR HJ NASARAH
Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN)
Ahli Parlimen Lenggong.

CATATAN
Saya pulang ke Lenggong malam tadi bagi merasmikan program ini. Program ini turut dihadiri:

YBhg. Dato’ Ir Ahmad Zukni bin Ahmad Khalil
Pengarah JMG Perak

YBrs. Tuan Mohd Amzari bin Mohd Arzami
Yang Dipertua Majlis Daerah Lenggong
Merangkap urus setia badan pengurusan Lenggong Geopark dan pengerus JK Geopelancongan

YBhg. Professor Dato’ Dr Mokhtar bin Saidin
Penasihat Lenggong Geopark

YBrs. Encik Mohd Hairil Faiz Hanafiah
Penolong Pegawai Kanan Daerah
Wakil Pengerusi JK Geotapak Lenggong Geopark

YBrs. Ts. PGeol. Encik Mohd Mustadza bin Masni
Penolong Pengarah Kanan
Wakil Pengarah Cawangan Perancangan dan Pengurusan Ibu Pejabat JMG

Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri

Profesor-profesor, Dr-Dr, Tuan-tuan dan Para peserta daripada pelbagai institusi pendidikan dalam negara.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help