Penyerahan Pasport Malaysia Kepada Diaspora Malaysia Di London & Eropah

March 12, 2026

LONDON – Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah telah menyempurnakan majlis penyerahan Pasport Malaysia kepada rakyat Malaysia yang menetap di United Kingdom dan Eropah. Majlis ini berlangsung pada jam 4.00 petang di Kedutaan Besar Malaysia, London, sebagai sebahagian daripada rangka lawatan kerja beliau ke negara tersebut.

Penyerahan pasport ini merupakan satu langkah penting dalam memastikan kebajikan dan keperluan rakyat Malaysia di luar negara sentiasa terpelihara. Pembukaan pejabat operasi Imigresen Malaysia di London telah memudahkan pelbagai urusan imigresen, termasuk permohonan dan pembaharuan pasport, bagi rakyat Malaysia yang tinggal, bekerja atau melanjutkan pelajaran di UK dan negara-negara Eropah. Kemudahan ini membolehkan mereka menguruskan dokumen perjalanan tanpa perlu pulang ke tanah air.

Majlis penyerahan ini turut memperkukuh hubungan antara kerajaan dan rakyat Malaysia di perantauan. Ia menjadi simbol keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan warganegara di luar negara serta usaha berterusan untuk memastikan hak dan kepentingan rakyat Malaysia sentiasa terpelihara di mana sahaja mereka berada.

Majlis diakhiri dengan sesi ramah mesra dan bergambar kenangan bersama penerima pasport, menandakan jalinan erat antara kerajaan dan diaspora Malaysia di United Kingdom dan Eropah akan terus diperkukuh pada masa akan datang.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help