Pentas BN: Semua Parti Pernah Menjadi Kerajaan & Rakyat Sendiri Boleh Menilai

August 16, 2022

Pentas Barisan Nasional (BN) adalah platform serta forum untuk pemimpin bercakap benar, bukan seperti Pakatan Harapan (PH) dan DAP apatah lagi seperti Rafizi Ramli yang bercakap semua fitnah yang mahu wujudkan sentimen kebencian rakyat kepada BN untuk meraih undi.

Itu ketegasan yang disuarakan oleh Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah ketika berucap dalam program Pentas BN seterusnya melancarkan program berkenaan.

“Itu adalah parti yang tidak matang, tidak profesional kalau berniaga. Kalau berpolitik, politiklah secara matang, hujah cara ilmiah, bicara prkara benar kerana rakyat bijak dan pandai.

“Hasil kerja dari BN, rakyat dapat menggunakan peluang pendidikan baik dari serendah-rendah peluang hingga setinggi peluang, rakyat sudah bijak dan cerdik menilai. Jadi berpolitiklah dengan cara matang,” kata Shamsul dalam ucapannya.

Selain itu, beliau juga menekankan rakyat kini telah mempunyai keupayaan untuk menentukan manakah pihak yang mampu untuk diberikan harapan bagi membolehkan mereka mentadbir negara untuk masa hadapan.

Tambahan lagi, rakyat sendiri sudah dapat melihat semua parti yang sudah menjadi kerajaan dan pembangkang dan bandingkan keupayaan parti-parti lain tidak seperti BN.

“Sebab itu saya harap pada malam ini kita dapat mendengar tokoh-tokoh yg berkupayaan utk bercakap isu-isu yang sedang berlegar di kalangan rakyat ketika ini.

“Jadi saya mohon supaya kita mendengar dan sudah tentu, apa juga ‘input’ yang kita perolehi ini kita panjang dan sebarkan dengan luas kepada rakyat.

“Saya cukup yakin yang dalam dewan ini ialah orang yang menyokong kuat, yang menyokong BN tapi kita kena mendapatkan sokongan rakyat kreana yg akan menentukan kerjaan pada masa akan datang bukan hanya ahli parti tetapi rakyat,” jelas Shamsul lagi.

Dalam masa yang sama, beliau seru kepada ahi BN lain untuk terus menonjolkan kekuatan parti sebagai parti yang mempunyai kewibaan, yang mempunyai kredibiliti dan keupayaan dalam menyediakan sesuatu yang baik untuk masa depan rakyat.

“Sampai ketika dan waktu kita bangkit semula menjadi sebuah kerajaan dominan di negara yang bertuah ini,” tambah Shamsul lagi.

Turut dijemput sebagai panel ialah, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Saudara Isham Jalil, Ketua Komunikasi BN Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun, ADUN Slim, Mohd Zaidi Aziz dan Ketua Koordinator Mohd Shafiq Fhadly sebagai moderator.

Sumber: https://www.bnnewsonline.com/pentas-bn-semua-parti-pernah-menjadi-kerajaan-dan-rakyat-sendiri-boleh-menilai-shamsul-anuar/

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links