PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA SEBAGAI LENGGONG TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO PADA 2012 kini layak mendapat PENGIKTIRAFAN SEBAGAI LENGGONG UNESCO GLOBAL GEOPARK.
…
Selepas mendapat pengiktirafan LENGGONG GEOPARK pada 16 Disember 2021, kini Lenggong sudah bersedia dengan status lebih tinggi iaitu LENGGONG UNESCO GLOBAL GEOPARK
Secara rasminya di PERSIDANGAN ANTARABANGSA KE 11 – UNESCO GLOBAL GEOPARK di Kampus Universidad Católica de Temuco Chile, dalam Mesyuarat ke-10 UNESCO Global Geoparks Council yang berlangsung di Kultralkura UNESCO Global Geopark, Chile pada 7.9.2025 lalu Lenggong telah diterima oleh UNESCO Global Geoparks Council.
Ini merupakan suatu pencapaian dan kejayaan yang amat besar dan bermakna kepada Lenggong, Negeri Perak dan Malaysia.
Sesungguhnya Pengiktirafan yang bakal Lenggong perolehi ini sudah tentu suatu yang amat membanggakan dan ini merupakan pencapaian luarbiasa hanya selepas 4 tahun diwartakan sebagai LENGGONG GEOPARK KEBANGSAAN Ke 2 di Perak.
Maknanya setelah diterima oleh UNESCO Global Geoparks Council ia kemudian akan disahkan oleh Lembaga Eksekutif UNESCO Januari tahun hadapan.Dan Proses selanjutnya ialah akan diluluskan secara rasmi di Perhimpunan Agung UNESCO jangkaanya pada Mei 2026.
Secara peribadi saya bangga dengan apa yang diperolehi, kerana ia mencapai apa yang saya hasrat dan cita cita kan dari awal diketika saya sebagai Menteri Tenaga & Sumber Asli ( KeTSA ) yang membuat keputusan membawa pembangunan Geopark di Lenggong.
Sebelum ini kita telah perolehi pengiktirafan pertama bertaraf antarabangsa bila 31 Jun 2012 Lenggong diwartakan sebagai LENGGONG TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO.
Dan menjadi sejarah besar bagi Lenggong apabila 2026 nanti disahkan secara rasmi sebagai LENGGONG UNESCO GLOBAL GEOPARK. Maknanya Lenggong mendapat 2 pengiktirafan terbesar bertaraf antarabangsa.
Pastinya ini membuktikan Lenggong memiliki khazanah aalam semulajadi, warisan dan budaya yang bernilai tinggi bertaraf antarabangsa yang penting dan perlu dipelihara, untuk negara ini dan dunia.
Lenggong memiliki 27 Geotapak antaranya Hentaman Meteorit Bukit Bunuh, Debu Toba Bukit Sapi Permatang Gunung Pulut di Mukim Kenering,, Landskap Sungai Perak, Landskap Tasek Raban, Mata Air Telaga Biru, Komplek Gua Kepala Gajah dan sebagainya.
Kita ada 18 Tapak Budaya Warisan seperti Lenggong Bandar Bersejarah, Masjid Raja di Kg Chepor, Pelbagai Kampong Tradisional, Pembangunan Makanan Tradisi Lenggong Kg Luat dan pelbagai lagi.
8 Biotapak – Hutan Granik Lata Kekabu, Etnobotani Kg Beng, Hutan Renek Puncak Gunung Pulut, Habitat Mengkuang Tasek Raban, dll.
Di Lenggong kita ada 9 Tapak Geoarkiologi : Galeri Geopark, Muzium Arkiologi Lembah Lenggong,, Bukit Jawa, Gua Kelawar Gunung Runtuh Harimau Kajang, dan sebagainya.
Banyak lagi kalau mahu saya bariskan.
Hakikatnya , kita memiliki sesuatu yang tidak ada dirantau ini.
1. Bukit Bunuh di Kota Tampan Lenggong yang terdapatnya Batu Meteriot satu satunya ada di Asia Tenggara yang membuktikan Lenggong telah didiami dan tamadunnya sudah wujud sejak 1 juta 8 ratus 30 tahun lalu. Sejak zaman Paliotik, Penemuan Perak Man dan sebagainya. Ini bukti penempatan awal manusia selepas Africa.
2. Bukti Debu Gunung Berapi Danau Toba melalui Letusan Velkano 79000 tahun lalu, terdapat banyak di Lenggong
Dan banyak lagi keistikewaannya.
Semua ini khazanah besar bertaraf antarabangsa yang penting untuk dipelihara. Kerena inilah menyebabkan di perakui oleh UNESCO Global Geoparks Council di Chile dan akan disahkan 2026 nanti.
Kepada masyarakat di Kawasan Parlimen Lenggong, berbangga lah dengan apa yang kita miliki.
mari bersama saya dan bersama YAB Menteri Besar yang juga ADUN Kota Tampan menjaga dan memajukan Kawasan Parlimen Lenggong.
Saya yakin Lenggong akan dikenali dan menjadi tumpuan dunia seterusnya akan membawa pelbagai pembangunan khususnya dalam sektor pelancongan yang akhirnya membawa rahmat kegiatan ekonomi kepada rakyat.
Saya akan berusaha memastikan limpahan ekonomi dan pembangunan akan rakyat nikmati. Dan dalam waktu yang sama memelihari kelestarian alam, warisan, dan budaya yang sangat tinggi nilainya bertaraf antarabangsa yang ada di Lenggong .
YB DS DR SHAMSUL ANUAR NASARAH


