Penganalisis Perlu Faham Situasi Sebenar, Baru Buat Ulasan

January 30, 2023

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah menegaskan agar mana-mana Penganalisis Politik untuk faham situasi sebenar sebelum membuat ulasan.

Beliau berkata demikian bagi menyelar kenyataan Penganalisis Politik, Prof Dr Kartini Aboo Talib yang menyatakan tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bakal musnahkan parti tersebut.

“Penganalisis Politik mesti faham isu sebenar, baru sesuai buat ulasan.

“Nasihat saya, membuat ulasan mestilah berasaskan fakta dan mengetahui kedudukan sebenar,” kata Shamsul menerusi posting di Facebooknya.

Dalam masa yang sama, beliau juga menyarankan agar pihak yang ingin membuat ulasan agar menyelidik terlebih dahulu isu yang ingin diulas.

Hal ini kerana, tekannya, ulasan yang dibuat oleh Kartini jelas memperlihatkan beliau tidak memahami situasi serta isu sebenar yang berlaku.

“Jadi elok terlebih dahulu selidiki isu sebenar baru ulasan dibuat. Apatah lagi jika yang mengulas seorang ahli akademik,” tambahnya lagi.

Sumber: https://www.bnnewsonline.com/penganalisis-perlu-faham-situasi-sebenar-baru-buat-ulasan-shamsul-anuar/

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2023 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help