Pemuda Penting Pada Parti
November 28, 2021
Banyak UMNO Cawangan di Lenggong bersidang. Namun saya tumpukan di Kg Luat kerana ini UMNO Cawangan saya sendiri, yang mengadakan persidangan bersama UMNO Cawangan Paya Pulau Chery Kg Luat.
Saya sempat bertanya khabar dan mendengar permintaan pemuda pemuda di Kg Luat. Mereka mahu dibaikpulih Gelanggang Futsall dan ingin mengadakan pertandingan futsal di Gelanggang Futsal Kg Luat.
OK tiada masalah. LULUS.
Dan kebetulan Persatuan Bola Sepak Lenggong yang saya menjadi YDP nya akan mengadakan Liga Futsal di 6 Gelanggang Sempena Sambutan Tahun 2022. Bersedia semua. TAPI JAGA SOP ya..