Pemilihan UMNO: Shamsul Mohon Sokongan & Undi No 38

March 7, 2023

Calon Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah hadir ke Majlis Pengenalan Calon yang diadakan di Perak, dan Johor baru-baru ini.

Beliau yang memegang nombor calon 38, memohon sokongan serta undi dalam Pemilihan UMNO kali ini dalam membantu untuk terus berkhidmat dalam parti demi rakyat.

Dalam masa yang sama, Shamsul juga tekad untuk mempertahankan jawatan MKT yang juga disandangnya ketika ini dan memilih untuk bertanding jawatan yang sama.

Terdahulu, Shamsul pernah meletakkan jawatannya sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) tanda menghormati parti yang tidak lagi menjadi kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Sumber: https://www.bnnewsonline.com/pemilihan-umno-shamsul-mohon-sokongan-dan-undi-no-38/

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2023 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help