BeritaPembangunan Geopark Tak Halang Pembangunan Lain

January 10, 2021
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2021/01/136069853_3793633210658578_5697371494085015918_n.jpg

PADANG BESAR: Pembangunan tapak Geopark tidak akan menghalang unsur-unsur pembangunan lain, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Namun beliau berkata, pembangunan yang dilakukan di tapak Geopark, perlulah selari dengan usaha menjaga warisan yang terdapat di tapak itu, kerana ia mempunyai nilai yang sangat tinggi kepada generasi akan datang.

“Geopark ini adalah satu usaha untuk mengekalkan warisan (alam semula jadi) yang ada, di samping ia memberi banyak kebaikan kepada komuniti dan sosio-ekonomi seperti peluang perniagaan, perkembangan sektor pelancongan dan sebagainya,” katanya selepas melakukan lawatan kerja ke Aspiring Perlis Geopark, di Bukit Jernih dekat sini hari ini.

Shamsul Anuar yang juga Ahli Parlimen Lenggong berkata, pihak kementerian dan kerajaan negeri Perlis sedang berusaha mempercepatkan pembangunan Geopark Perlis sebagai Geopark Kebangsaan.

“Setiap Geopark di negara ini mempunyai keistimewaan dan nilai yang berbeza antara satu sama lain, jika dilihat di Perlis terdapat batu-batuan yang bernilai tinggi dan usianya melebihi 400 hingga 500 juta tahun.

“Jika dikaji ia mempunyai nilai pendidikan yang sangat berguna kepada kajian geologi dan sebagainya,” katanya.

Katanya di Perlis terdapat 18 tapak Geopark dan sebanyak enam tapak telah dibangunkan.

“Bagi membangunkan 12 lagi tapak Geopark, pihak kementerian telah memperuntukkan RM300,00 dan RM600,00 untuk pembangunan makmal dan kajian pelbagai biologi,” katanya. – BERNAMA

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/01/774629/pembangunan-geopark-tak-halang-pembangunan-lain

UMNO Online: https://umno-online.my/2021/01/10/pembangunan-geopark-tidak-halang-pembangunan-lain-shamsul-anuar/
Sinar Harian: https://www.sinarharian.com.my/article/118439/EDISI/Pembangunan-Geopark-tak-halang-pembangunan-lain

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2021 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links