Pemasangan Lampu Solar Di Jalan Utama & Penting

February 22, 2024

Ekoran masalah kerosakan lampu Jalan di Jalan Penyambung FT076 Kota Tampan Lenggog dan di Laluan A174 Jalan Kota Tampan Lenggong (sebagaimana gambar dalam Facebook ini) yang menjadi rungutan pengguna dan orang ramai di kawasan berkenaan.

Saya ingin maklumkan bahawa perkara ini sebenarnya telahpun diambil tindakan oleh Jabatan Kerjaraya ( JKR ) Perak dan JKR Hulu Perak. Saya selaku Ahli Parlimen Lenggong dan YAB Menteri Besar Perak yang juga ADUN Kota Tampan Lenggong sentiasa bekerjasama dengan pihak berkenaan terutama Jurutera JKR Daerah Hulu Perak untuk apa juga perkara berkaitan kemudahan di jalanraya di Daerah Hulu Perak terutama di Kawasan Parlimen Lenggong.

JKR Perak melalui JKR Daerah Hulu Perak akan melaksanakan pemasangan Lampu Solar iaitu Kerja pemasangan Lampu Solar di Jalan penyambung FT076 Kota Tampan Lenggong dan Kerja Pemasangan Lampu Solar di Laluan A174 Jalan kota Tampan , Lenggong.

Hampir RM400,000 telah diperuntukan bagi tujuan ini. Ketika ini iklan untuk perlaksanaan kerja kerja berkaitan telahpun dilakukan oleh JKR Perak dan saya dimaklumkan setelah kerja ini diserahkan kepada kontraktor untuk dilaksana ianya akan disiapkan dalam tempoh 3 bulan atau 12 minggu sebagaimana disyaratkan.

Dalam.waktu yg sama pihak saya dan YAB ADUN Kota Tampan Lenggong juga sedang melakukan usaha bersama JKR Hulu Perak untuk memasang beberapa lagi Lampu Solar di kawasan kawasan lain di Parlimen Lenggong untuk keselesaan pengguna jalanraya terutama di kawasan berisiko kemalangan.

Saya harap pengguna dilaluan simpang Kota Tampan bersabar sehingga projek ini siap dilaksana kerana beberapa proses perolehan mesti dipatuhi agar tiada kesalahan dilakukan.

Sebagai maklumat tambahan lampu jalan sediada di kawasan ini terpaksa diganti kerana mengalami kerosakan kabel dan utiliti dan kos lebih tinggi diperlukan untuk menganti kerosakan berkenaan kerana itu langkah menukar ke Lompu Solar adalah lebih sesuai JKR lakukan.

Saya selaku Ahli Parlimen Lenggong ucapkan khususnya ke Jurutera JKR Hulu Perak dan JKR Perak kerana aentiasa bersama melakukan usaha meningkatkan keselesaan pengguna jalan di kawasan Parlimen Lenggong khusuanya serta di Daerah Hulu Perak.

Kepada pengguna dan rakyat Lenggong diharap dapatkan keselesaan bila siap nanti. Dan sentiasa mendapat maklumat apa sahaja isu daripada sumber yang betul serta tepat bagi mengelakkan kekeliruan.

YB DATUK SERI DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Ahli Parlimen Lenggong.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help