Pelancaran Liga Bola Sepak Persatuan Bola Sepak Lenggong

January 1, 2022

(RM200,000 Peruntukan Musim 2022)

Malam saya telah melancarkan Liga Bola Sepak Persatuan Bola sepak Lenggong (PBSDL) Piala YDP Persatuan Bola Sepak Lenggong, Piala FA PBSD Lenggong 2022.

Malam ini juga sempena Pelancaran diadakan Perlawanan Piala Sumbangsih 2022 diantara ARENA SC (Juara Piala DSAN 2021) menentang SAHABAT FC (Juara Piala FA 2019)

Sempen Majlis Pelancaran diadakan simbolik penyerahan Jersey kepada setiap pasukan yang menyertai Liga, Pakaian Pengadil dan Urusetia PBSD Lenggong.

Saya juga mengumumkan peruntukan RM200,000 (Ringgit: Dua Ratus Ribu) untuk aktiviti bola sepak pelbagai peringkat umur bagi musim 2022 Persatuan Bola sepak Daerah Lenggong. Ini termasuk:

a. Liga Bola Sepak Terbuka (Lenggong)
b. Liga Bola Sepak Bawah 21 Tahun (Lenggong)
c. Liga Bola Sepak Bawah 18 Tahun (Lenggong)
s. Liga Bola Sepak Bawah 15 Tahun (Lenggong)
e. Liga Bola Sepak Bawah 12 Tahun (Lenggong)

Tahun ini juga PBSD Lenggong akan menganjurkan:

a. Liga Bola Sepak Antara Majlis Daerah (Terbuka Perak)
(Dianjurkan bersama Majlis Daerah Lenggong)
b. Liga Bola Sepak (Terbuka Perak)
(Diantara Persatuan/Kelab Bola Sepak Dalam Negeri Perak)

Disamping itu PBSD Lenggong akan terus mengadakan:

a. Klinik Bola Sepak 2022
b. Kursus Kejurulatihan dan Pengurusan Pasukan

YB DATUK SERI DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Ahli Parlimen Lenggong
Yang Di Pertua Persatuan Bola Sepak Lenggong.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help