Pelan Induk Landskap Angkat Imej Lenggong Bertaraf Dunia

October 23, 2026

LENGGONG – Pelan Induk Landskap Lenggong yang sedang dirancang dijangka memperkukuh imej Lenggong sebagai destinasi bertaraf dunia, selari dengan dwi-pengiktirafan antarabangsa UNESCO yang diterima kawasan ini.

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, pelan induk itu merupakan suatu perancangan yang teliti dan disusun mengikut kesesuaian kedudukan Lenggong yang kini berada di persada antarabangsa.

Menurut beliau, Lenggong merupakan satu-satunya kawasan di Semenanjung Malaysia yang menerima dua pengiktirafan UNESCO, iaitu Tapak Warisan Dunia UNESCO bagi Tapak Arkeologi Lembah Lenggong pada 2012 dan Lenggong UNESCO Global Geopark yang diiktiraf secara rasmi pada April lalu.

Sehubungan itu, katanya, landskap dan wajah fizikal Lenggong perlu dirancang dengan lebih tersusun bagi mencerminkan statusnya sebagai destinasi warisan dan geopark bertaraf dunia, di samping memberi keselesaan kepada penduduk setempat serta pengunjung.

Shamsul Anuar yang juga Pengerusi Majlis Pelancongan Lenggong berkata, pelan induk ini juga dijangka membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada rakyat, khususnya dalam sektor pelancongan, perniagaan kecil dan perkhidmatan.

Beliau berharap pelaksanaan pelan tersebut mendapat sokongan semua pihak, termasuk agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan komuniti, supaya Lenggong terus berkembang sebagai destinasi yang membanggakan negeri Perak dan negara.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help