Pelaksanaan AKPS Tidak Jejaskan Kebajikan Penjawat Awam, Hak Sabah & Sarawak

June 26, 2026

KUALA LUMPUR – Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri, pada Khamis telah memberikan penjelasan dalam Sesi Kamar Khas Dewan Rakyat berhubung pelaksanaan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), termasuk aspek kestabilan institusi penguatkuasaan dan kebajikan penjawat awam yang terlibat.

Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri menjelaskan bahawa penubuhan AKPS merupakan langkah strategik Kerajaan MADANI bagi memperkukuh pengurusan sempadan negara, meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta memperkasakan aspek keselamatan dan integriti di pintu masuk negara.

Beliau turut menegaskan bahawa pelaksanaan AKPS tidak akan menjejaskan kebajikan penjawat awam yang terlibat serta tidak menghakis hak dan kuasa Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembagaan Persekutuan.

Penegasan ini penting bagi memastikan keyakinan rakyat serta penjawat awam terhadap pelaksanaan AKPS yang bersifat inklusif dan menghormati peruntukan perlembagaan sedia ada.

Terdahulu, sesi taklimat kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri telah disampaikan oleh pegawai-pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Bahagian Hal Ehwal Imigresen, Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Bahagian Perancangan Strategik serta Unit Komunikasi Korporat KDN.

Sesi tersebut mencerminkan komitmen Kementerian Dalam Negeri dalam memastikan pelaksanaan AKPS dilakukan secara teratur, telus dan mengambil kira kepentingan semua pihak yang berkepentingan.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help