Perhimpunan Bulan Mac 2024 & Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni KDN

March 21, 2024

Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri yang berlangsung di Auditorium, Kompleks Setia Perkasa 8 disempurnakan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.

Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Perkhidmatan Awam, Rukun Negara dan Bacaan doa disampaikan oleh Ustaz Mohd Farid Hadi bin Sharif, Penolong Setiausaha (Regulatori Al-Quran/ Hadith) Kementerian Dalam Negeri

Seterusnya, Penyerahan Surat Keputusan Kewarganegaraan dan Sesi Penyampaian Sumbangan Aidilfitri 2024 daripada Kelab KDN dan PUSPANITA KDN kepada warga Kementerian yang merupakan ibu tunggal mahupun yang mempunyai ahli keluarga kelainan upaya atau sakit kronik sebagai bantuan kewangan tambahan kepada mereka dalam pembelian barang-barang keperluan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Turut hadir sama adalah YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri, YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, YDH IG Tan Sri Razarudin Husain, Ketua Polis Negara serta Pengurusan Tertinggi KDN

#KeselamatanTanggungjawabBersama
#KDN_TogetherWeAreOne
#MalaysiaMADANI

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help