PDRM Perlukan 4,940 Anggota, Pegawai Baharu

April 4, 2023

KUALA LUMPUR: Jumlah kekuatan anggota dan pegawai polis di seluruh negara setakat 28 Feb lepas adalah seramai 134,978 orang dan jumlah itu dilihat tidak mencukupi dengan mengambil kira kepesatan pembangunan serta pertambahan penduduk.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata masalah kekurangan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu bukan hanya disebabkan kekurangan perjawatan tetapi juga masalah pengisian perjawatan kosong.

“PDRM ketika ini sedang dalam kajian untuk pengoptimuman perjawatan secara menyeluruh bagi Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Ibu Pejabat Polis Daerah dan balai-balai polis.

“Menerusi kajian yang dijalankan, jumlah perjawatan ideal bagi semua peringkat sedang dikenal pasti bagi memastikan tiada masalah kekurangan perjawatan yang boleh mengganggu keberkesanan operasi, kekal relevan serta selari dengan dasar pengoptimuman sumber manusia perkhidmatan awam.

“Hasil kajian itu, PDRM telah membuat unjuran keperluan perjawatan baharu untuk balai-balai adalah sebanyak 4,940 perjawatan,” katanya pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) bagi kementerian berkenaan di Dewan Negara hari ini.

Selain itu, katanya PDRM juga telah mencadangkan perjawatan mengikut balai kategori A, B, C dan D yang ditentukan berdasarkan fasaliti balai, jumlah penduduk, jenayah indeks, jumlah laporan polis, jumlah sasaran penting dan ekonomi setempat.

Persidangan bersambung esok.

— BERNAMA

Sumber: https://www.buletintv3.my/nasional/pdrm-perlukan-4940-anggota-pegawai-baharu/?utm_source=BUTV3&utm_medium=terkini

Free Malaysia Today: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/04/04/jumlah-anggota-polis-berbanding-penduduk-tak-mencukupi-kata-timbalan-menteri/

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help