Pavilion Tourism Malaysia Dirasmikan Sempena IFTM Paris 2026

September 16, 2026

PARIS – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah pada Selasa merasmikan pembukaan Pavilion Tourism Malaysia sempena International & French Travel Market (IFTM) 2026 yang berlangsung di Paris Porte de Versailles, Hall 1, Perancis.

Majlis perasmian tersebut turut disertai oleh Duta Besar Malaysia ke Perancis, Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim serta Pengarah Tourism Malaysia (Paris), Puan Zalina Ahmad bersama delegasi rasmi Malaysia yang lain.

IFTM Paris, juga dikenali sebagai IFTM Top Resa, merupakan salah satu pameran perdagangan antarabangsa (B2B) terkemuka dalam industri pelancongan dan pelancongan perniagaan di Eropah. Pameran edisi tahun ini berlangsung selama tiga hari bermula 15 hingga 17 September 2026.

Tema yang diketengahkan pada tahun ini ialah “The Value of Travel – Together Let’s Reveal What Creates Impact”, yang memberi tumpuan kepada nilai ekonomi, sosial, kemanusiaan serta kelestarian dalam industri pelancongan global. Uzbekistan telah terpilih sebagai Country of Honour bagi edisi 2026.

Penyertaan Malaysia menerusi Pavilion Tourism Malaysia dalam pameran berprestij ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh promosi destinasi pelancongan negara di pasaran Eropah. Platform antarabangsa sebegini dilihat mampu meningkatkan keterlihatan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama dunia, sekali gus menarik lebih ramai pelancong dari benua Eropah ke tanah air.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help