PAU2022: Ucapan Tok Mat Jelaskan Perubahan Politik Negara

January 11, 2023

Ucapan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan jelas menunjukkan berlakunya perubahan politik dalam negara ini, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Beliau berkata demikian kepada media selepas ucapan Perasmian Persidangan Sayap-Sayap UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022, malam ini.

“Sangat jelas ucapan yang disampaikan oleh Tok Mat dalam perasmian sayap. Ia secara ikhlas menunjukkan bahawa dengan landskap perubahan politik dalam negara ini, kita mesti bersedia untuk berhadapan dengan perubahan tersebut.

“UMNO tidak lagi boleh kekal dengan cara dan pendekatan yang lama tetapi UMNO mesti menyesuaikan dengan keadaan yang sedang berubah untuk membolehkan UMNO kekal,” kata Shamsul kepada media.

Mengulas isu keputusan UMNO yang menyertai Kerajaan Perpaduan di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, penjelasan tersebut juga telah diterangkan oleh Tok Mat demi mengukuhkan parti.

Dalam masa yang sama, ianya dengan sendiri dapat memberi fahaman kepada ketiga-tiga sayap parti untuk membolehkan semua ahli merangka sebarang strategi dan pendekatan baharu.

“Bagi kita berhadapan dengan cabaran baharu yang berbeza dari tahun terdahulu, saya percaya ucapan Presiden ini akan dikupas dengan lebih terperinci dari peringkat tiga sayap sekaligus memberi kebaikan pada parti,” tambahnya lagi.

Sumber: https://www.bnnewsonline.com/pau2022-ucapan-tok-mat-jelaskan-perubahan-pollitik-negara/

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2023 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help