PAU2022: Semoga Ahli Terus Kekal Berjuangan Dalam UMNO Pesan Shamsul Anuar

January 11, 2023

Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN) selaku Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN Comms), Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah mengucapkan Selamat Bersidang kepada perwakilan yang akan bersidang, hari ini.

Beliau mengharapkan agar Sidang Perwakilan bersempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 dalam menemukan titik untuk terus berjuang demi parti.

“Kepada pimpinan dan perwakilan serta pemerhati yang dikasihi. Selamat bersidang dan mengikuti PAU 2022.

“Semoga kita terus kekal dalam perjuangan UMNO, parti yang kita sayangi. Percayalah Allah akan berkati langkah kita. Mari kita bina semula UMNO,” kata Shamsul menerusi hantaran di Facebooknya.

Dalam masa yang sama, beliau juga menyeru agar semua ahli parti untuk terus mengutamakan parti sekaligus dapat mengekalkan perpaduan sesama ahli.

“Kekalkan perpaduan kita, jaga imej baik parti. Rakyat akan bersama dengan kita,” tambahnya lagi.

PAU 2022 akan berlangsung bermula 11 Januari hingga 14 Januari ini bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.

Sumber: https://www.bnnewsonline.com/pau2022-semoga-ahli-terus-kekal-berjuangan-dalam-umno-pesan-shamsul-anuar/

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2023 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help