PAS Perlu Hormati Pendirian UMNO

February 3, 2022

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah mengingatkan PAS supaya menghormati pendirian UMNO yang menolak kerjasama dengan BERSATU.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 dan bukan dibuat secara individu atau kumpulan tertentu dalam parti berkenaan.

“Nampak lain macam PAS sekarang ni. Marah sangat gayanya. PAS sudah bersama Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN). UMNO tiada hak menghalang malah menghormatinya. Itu pendirian PAS.

“Cuma bila UMNO menolak BERSATU. Hormatilah UMNO. Ini keputusan UMNO. Diputuskan dalam PAU 2020. Bukan oleh individu dan kumpulan tertentu dalam UMNO,” katanya menerusi Facebook.

Terdahlu, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang kesal dengan sikap segelintir pemimpin UMNO yang seolah-olah lupa diri walaupun PAS bertungkus-lumus menyelamatkan parti itu selepas tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Abdul Hadi menyifatkan tindakan UMNO itu sebagai tidak bermoral kerana mereka bersama-sama terlibat dalam gagasan Muafakat Nasional (MN).

Sehubungan itu, BERSATU dan PAS serta parti komponen lain memutuskan akan kekal bersama dalam Perikatan Nasional (PN) untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Malah, gabungan itu juga mengambil iktibar daripada keputusan PRN Melaka untuk menyusun semula strategi bagi menentukan faktor kemenangan PN dalam PRN Johor.

Perkara itu diputuskan menerusi Muzakarah Bersatu-PAS yang julung kali diadakan mencapai kata putus untuk terus memperkukuhkan hubungan kedua-dua parti itu dan mendukung ‘prinsip bersama’ serta menolak budaya politik ekstrim. – Malaysiapost

Sumber: https://malaysiapost.com.my/2022/02/03/pas-perlu-hormati-pendirian-umno-shamsul-anuar/

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help