PAS Perlu Hormati Pendirian UMNO Tak Mahu Kerjasama

September 5, 2022

KUALA LUMPUR – Tindakan Pas yang mahu meneruskan kerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) namun pada masa sama tetap bersama Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) seolah-olah mahu memecahbelahkan UMNO.

Pandangan itu dilontarkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah yang memberitahu, partinya mempunyai pendirian yang jelas untuk tidak bersama dengan Bersatu.

Pas pula, katanya, dilihat seolah-olah masih tidak memahami pendirian UMNO itu.

“Gayanya Pas mahu pecah belahkan UMNO. Kenapa Pas masih tidak memahami keputusan yang dibuat oleh UMNO. Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 telah buat keputusan tidak akan bersama Bersatu.

“Ini pendirian UMNO bukan kehendak individu,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Pengarah Komunikasi BN itu berkata, MKT UMNO turut memutuskan bahawa parti itu bergerak solo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Ini sudah sangat jelas. Maka hormatilah pendirian UMNO. Janganlah kerana mahu menunjukkan kepada rakyat kononnya Pas pentingkan penyatuan ummah. Lantas gambarkan UMNO menolak penyatuan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Shamsul Anuar menegaskan, keputusan dilakukan sudh tentu berasaskan kepentingan UMNO.

“Persoalannya, kalaulah Pas benar-benar ikhlas mahu menyatukan Melayu Islam. Ajak sajalah Amanah sekali,” tambahnya. – MalaysiaGazette

Sumber: https://malaysiagazette.com/2022/09/05/pas-perlu-hormati-pendirian-umno-tak-mahu-kerjasama-shamsul-anuar/

Malaysiapost: https://malaysiapost.com.my/2022/09/05/hormatilah-pendirian-umno/

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links