Parlimen: Shamsul Anuar Ikrar Pertahankan & Lindung Perlembagaan

December 19, 2022

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berikrar akan mempertahankan dan melindungi perlembagaan negara Malaysia

Beliau berkata demikian setelah selesai mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat, di Dewan Rakyat, hari ini.

Majlis angkat sumpah tersebut dilakukan di Dewan Rakyat pada pagi tadi untuk penggal yang ke-15.

“Alhamdulillah. Selesai saya mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat Bagi Kawasan Parlimen Lenggong.

“Pastinya dengan jujur saya akan laksanakan tanggungjawab sebagai Ahli Dewan Rakyat Kawasan Parlimen Lenggong,” kata Shamsul melalui hantaran di Facebooknya.

Dalam masa sama, katanya, sebagai Ahli Parlimen yang mewakili rakyat, beliau berikrar untuk patuh serta taat setia kepada Malaysia.

“Semoga Allah memilihara dan melindungi diri saya serta negara kita Malaysia,” katanya.

Sumber: https://www.bnnewsonline.com/parlimen-shamsul-anuar-ikrar-pertahankan-dan-lindung-perlembagaan/

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2023 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help