Pangkalan Data Utama (PADU)

January 3, 2024

Pangkalan Data Utama (PADU) yang telah dilancarkan oleh PM merupakan langkah terbaik kerajaan bagi memastikan sistem penyampaian kerajaan dilaksanakan dengan sempurna.

PADU ini merupakan antara inisiatif di bawah Anjakan Besar Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-2025.

Sistem PADU merupakan pangkalan data berkaitan individu dan isi rumah rakyat Malaysia yang mengintegrasikan data dan maklumat daripada pelbagai kementerian dan agensi.

Matlamat utama sistem PADU adalah untuk meningkatkan kecekapan perancangan dasar dan pengagihan sumber supaya lebih bersasar dan memberi manfaat kepada rakyat yang benar-benar layak.

PADU juga membolehkan Kerajaan untuk menggunakan penjimatan sumber bagi membiayai program dan projek sosioekonomi yang lebih memberi impak maksimum kepada rakyat.

Pembangunan PADU akan meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan Kerajaan serta merapatkan jurang sosioekonomi rakyat.

Sistem PADU telah Go-Live pada 2 Januari 2024 dan Majlis Peluncuran PADU dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri pada 2 Januari 2024 (Selasa), 11.45 pagi Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), PUTRAJAYA

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help