Pameran & Pelbagai Acara Meriah Karnival Sayangi Lenggong

July 19, 2026

LENGGONG – Program KDN Turun Padang dan Karnival Sayangi Lenggong yang diadakan sempena Lenggong Dialog 2026 di Dataran Lenggong telah dimeriahkan dengan pelbagai acara serta pameran daripada jabatan dan agensi kerajaan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah yang juga merupakan Ahli Parlimen Lenggong berkata, selain pameran yang disertai oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan di bawah KDN, pelbagai acara turut diadakan bagi memeriahkan lagi program tersebut.

Beliau berkata, program seumpama ini penting bagi membolehkan agensi-agensi di bawah KDN mendekatkan perkhidmatan serta maklumat kepada rakyat secara terus di peringkat akar umbi.

Karnival Sayangi Lenggong 2026 yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 18 dan 19 Julai di Dataran Lenggong merupakan salah satu inisiatif berterusan bagi mengukuhkan hubungan antara kerajaan dengan masyarakat setempat di kawasan Parlimen Lenggong.

Program tersebut turut menjadi platform kepada penduduk setempat untuk mendapatkan maklumat serta perkhidmatan secara langsung daripada agensi-agensi berkaitan.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help