Objektif Lenggong Leadership Academy (LEAD) Lahirkan Anak Lenggong Cemerlang Akademik, Sahsiah

December 20, 2023

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Lenggong Leadership Academy (LEAD) bertujuan melahirkan anak-anak kawasan Parlimen Lenggong yang cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah.

Menurut pengasasnya iaitu Ahli Parlimen Lenggong Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dalam satu hantaran di Facebook, Program Anak Pintar merupakan salah satu antara lima program yang dilaksanakan di bawah LEAD dengan mempunyai urus setia masing-masing untuk mengendalikannya.

“Program Anak Pintar melahirkan anak Lenggong yang cemerlang dalam bidang akademi dan sahsiah. Program ini telah dilaksanakan sejak 2010 lagi namun dijenamakan semula.

“Kumpulan yang disasarkan ialah daripada Tahun 6 hingga Tingkatan 6 serta anak anak Lenggong yang memasuki pelbagai institusi pengajian awam dan swasta dalam negara ini,” kata Dr Shamsul yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Tambahnya juga, Anak Pintar melibatkan semua sekolah rendah dan sekolah menengah dalam Parlimen Lenggong jurus kepada Tuisyen Dr Shamsul, Kelas Online Dr. Shamsul dan Seminar Anak Cemerlang yang diadakan secara percuma untuk anak-anak kawasan itu.

Selain Anak Pintar, empat lagi program di bawah LEAD iaitu Anak Cergas, Bakti Anak Muda, Anak Kreatif dan Lenggong Debate sebagaimana yang dipaparkan di laman web peribadi Timbalan Menteri Dalam Negeri itu iaitu di www.shamsulnasarah.com dan leadlenggong.com.

Program Anak Cergas mahu melahirkan anak Lenggong yang hebat dan cergas dalam bidang sukan, rekreasi dan sahsiah serta kumpulan sasaran terdiri daripada murid Tahun 1 hingga pelajar Tingkatan 6 serta anak-anak Lenggong yang memasuki pelbagai institusi pengajian awam dan swasta dalam negara ini.

Antara aktiviti-aktiviti Anak Cergas yang telah dijalankan ialah Lenggong Soocer Kid, Lenggong FC, Lenggong Football School League, Lenggong Netball League dan Kembara Kinabalu.

Menelusuri pula Program Bakti Anak Muda (BAM), ia adalah program membina semangat sukarelawan di kalangan anak muda yang terbuka kepada pelbagai kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) orang muda, pelajar dan mahasiswa.

Begitu juga Program Anak Kreatif bermatlamat melahir dan menyuburkan kreativiti potensi diri atau kumpulan anak-anak kawasan itu dalam pelbagai bidang kemahiran dan bakat, di antaranya seperti kesenian, seni kreatif, kebudayaan, dan sebagainya.

Manakala kelima ialah Program Lenggong Debate (LED) yang merupakan program melatih keupayaan berhujah dan menjawab di kalangan masyarakat pelbagai kumpulan di Parlimen Lenggong. – UMNO ONLINE

Sumber: https://umno-online.my/2023/12/20/objektif-lenggong-leadership-academy-lead-lahirkan-anak-lenggong-cemerlang-akademik-sahsiah/

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help