Mesyuarat & Taklimat Perancangan Pembangunan Kilang Industri Palpa & Kertas
September 20, 2022
Hari ini Saya menyertai Mesyuarat dan Taklimat PERANCANGAN PEMBANGUNAN KILANG INDUSTRI PALPA DAN KERTAS DI KG SUNGAI SOH BUKIT SAPI LENGGONG.
Mesyuarat dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Perak dan dihadiri oleh pelbagai pihak selain pihak pelabur termasuk Pengarah Tanah Perak. Pengarah UPEN, Pengarah Jabatan Alam Sekitar, dan pelbagai pihak lain.
Semoga projek yang Green Teknologi dan berteknologi tinggi yang dicadangkan berkonsepkan pelancongan ini berjaya dilaksanakan dengan sempurna dan rahmatnya diperolehi oleh rakyat dengan mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan sosio ekonomi masyarakat sekitar.