Mesyuarat Lawatan YAB Perdana Menteri Malaysia Ke Sadao Thailand & Bukit Kayu Hitam

November 27, 2023

Mesyuarat dan pertemuan perwakilan antara Malaysia dan Thailand berlangsung setelah selesai pertemuan YAB Perdana Menteri Malaysia dan PM Thailand di Kompleks CIQ Sadao di wilayah Songkhla, Thailand.

Saya turut mengiringi YAB Perdana Menteri Malaysia selain Menteri Pelancongan, Menteri Kerja Raya, dan kedua-dua Timbalan Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri Luar Negeri.

Pelbagai perkara penting yang melibatkan kepentingan dan kebaikan bersama dua negara dibincangkan. Diantaranya ialah meningkatkan hubungan dua hala dalam empat bidang iaitu perdagangan dan pelaburan, pelancongan, pertanian dan keterjaminan makanan serta keselamatan negara.

Pertemuan ini mencapai matlamatnya. Malaysia sangat menghargai hubungan persahabatan dengan Thailand dan ingin melakukan banyak usaha yang dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua rakyat Malaysia dan Thailand.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help