Mesyuarat Projek Penggantian SK Kenering

July 15, 2026

KUALA LUMPUR – Satu mesyuarat dan perbincangan mengenai Projek Penggantian Sekolah Kebangsaan Kenering (ABA7023), Gerik, Perak telah diadakan pada pagi ini bagi meneliti serta memastikan kelancaran pelaksanaan projek berkenaan.

Mesyuarat yang berlangsung pada jam 9.00 pagi tersebut diketuai oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah.

Projek penggantian sekolah ini telah diluluskan kerajaan dengan peruntukan melebihi RM39 juta di bawah RP3, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) berikutan masalah banjir berulang yang melanda sekolah tersebut selama lebih 15 tahun, sekali gus menyebabkan kerosakan peralatan dan harta benda sekolah serta mengganggu kelancaran proses pembelajaran.

Sekolah Kebangsaan Kenering yang terletak di Kampung Malau, Gerik merupakan sebuah sekolah rendah yang menempatkan seramai 373 orang murid dan 34 orang guru, melibatkan pelajar dari beberapa buah kampung sekitar Mukim Kenering dalam Parlimen Lenggong.

Bangunan sekolah baharu tersebut akan dibina di kedudukan yang lebih tinggi bagi mengelakkan masalah banjir berulang serta menjamin keselamatan dan kebajikan murid serta warga pendidik.

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar sebelum ini telah menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil langkah segera bagi memindahkan sekolah berkenaan ke kawasan yang lebih selamat, dan kelulusan projek penggantian ini merupakan hasil usaha berterusan beliau bersama pelbagai pihak berkepentingan dalam memperjuangkan nasib masyarakat sekolah tersebut.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help