Mesyuarat Persatuan Kebajikan & Rekreasi Kampung Luat Diadakan Di Kediaman Shamsul Nasarah
LENGGONG – Mesyuarat Persatuan Kebajikan dan Rekreasi Kampung Luat, Lenggong telah diadakan malam ini di kediaman Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.
Mesyuarat berkenaan menjadi platform perbincangan berkaitan hal ehwal kebajikan serta aktiviti rekreasi komuniti setempat, di samping memperkukuh kerjasama dalam pelaksanaan program kemasyarakatan.
Perbincangan turut memberi ruang kepada ahli persatuan untuk mengemukakan pandangan dan cadangan bagi manfaat penduduk Kampung Luat.

