Mesyuarat & Perjumpaan Khas Komunikasi BN Negeri Sembilan
July 29, 2022
Mesyuarat dan Perjumpaan Khas BNCOMMS Malaysia, bersama Komunikasi Barisan Nasional Negeri Sembilan diadakan di Bangunan UMNO Negeri Sembilan. Dihadiri oleh semua Ketua Komunikasi Negeri, Wanita, Pemuda dan semua Ketua Komunikasi Bahagian daripada pelbagai Parti UMNO, MCA dan MIC dalam Negeri Sembilan.
Tumpuan diberikan kepada taklimat struktur baru BNCOMMS serta Bahagian Operasi BNCOMMS Negeri Sembilan.