Mesyuarat Peringkat Menteri Undang-Undang ASEAN Ke-13 & Upacara Menandatangani AET Di Manila Filipina

November 13, 2025

Hari ini saya berada di Manila Filipina kerana mewakili Malaysia untuk menandatangani ASEAN Extradition Treaty (AET).

Saya juga menghadiri mesyuarat Menteri Undang Undang ASEAN Ke 13. Kehadiran saya bagi mewakili Menteri Undang Undang Malaysia.

Petang ini 13 Nov 2025 Jam 5.00pm saya diberikan taklimat oleh AGC bersama Bahagian Antarabangsa KDN sebagai persediaan kepada mesyuarat dan menandatangani ASEAN Extradition Treaty (AET).

Hadir dan memberikan taklimat ialah:

1. Yang Arif YBhg. Dato’ Umar Saifuddin Jaafar – Peguam Cara Negara II

2.Pn Noor Asima Osman – Timb Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa

3. Pn Nurashikin Ismail – Ketua Unit Has Asasi Manusia dan Pertubuhan Antarabangsa

4.Pn Siti Maulana Manap – Timb Pendakwa Raya, Bahagian Pendakwaan Unit Jenayah Transnasional

4. En Rizal Azani Zainal Adzam – Peguam Persekutuan, Unit Hak Asasi Manusia dan Pertubuhan Antarabangsa

Dan Pegawai Bahagian Antarabangsa KDN.

Mesyuarat Menteri Undang Undang ASEAN Ke 13 akan dirasmikan oleh Presiden Filipina.

Ketibaan saya di Airport Manila tengahari tadi disambut oleh Pegawai Pegawai Kedutaan Malaysia di Filipina serta Pegawai Pegawai Kerajaan Filipina serta Pegawai Pegawai Bahagian Antarabangsa KDN.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help