Mesyuarat Perancangan Strategik Kementerian Dalam Negeri Bersama YB Menteri Dalam Negeri

January 28, 2024

Mesyuarat ini diadakan di The Majestic Hotel Kuala Lumpur bermula pada 25 hingga 27 Januari 2024.

YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri hadir mempengerusikan Mesyuarat Perancangan Strategik Kementerian Dalam Negeri (MPSKDN) Bersama YB Menteri Dalam Negeri.

Selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri, saya turut hadir disesi petang bengkel ini.

Hadir menjayakan bengkel penting KDN ialah,YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, YBhg. Dato’ Hj. Abdul Halim bin Hj. Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), YBhg. Datuk Mohd Zamri bin Mat Zain, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan), YBrs. Dr. Abdul Gapar bin Hj. Abu Bakar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), serta semua Setiausaha Bahagian KDN dan Ketua Pengarah Jabatan/Agensi KDN.

Mesyuarat ini bertujuan untuk menilai pencapaian KPI PSKDN 2021-2025 & KPI Fokus 2023 dan meneliti perancangan pelaksanaan Inisiatif tahun 2024 termasuk inisiatif berbentuk Bold, Brave & Radical serta Inisiatif Utama KDN bagi tahun 2024.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2023 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help