Mesyuarat Penyelesaian Isu Banjir Daerah Kecil Lenggong
November 27, 2021
Masalah Banjir yang sering berlaku di Lenggong menjadi keutamaan untuk diselesaikan ketika ini. Mesyuarat Jawatankuasa Khas Isu Banjir Di Lenggong telah diadakan yang dihadiri oleh saya bersama YB ADUN Kenering, Ketua Penolong Pegawai Daerah Lenggong, YDP Majlis Daerah Lenggong, Ketua Polis Daerah Gerik dan semua Ketua atau Wakil Jabatan Kerajaan di Lenggong.
Semua Jabatan berkaitan diminta mengemukakan cadangan, langkah dan perancangan masing masing segera untuk dibentangkan dalam Mesyuarat berikutnya bagi penyelesaian menyeluruh.
Langkah langkah sementara akan terus dilaksana bagi membantu mangsa banjir yang terlibat di Lenggong.
Mesyuarat diadakan di Pejabat Daerah Dan Tanah Lenggong, Perak.