Mesyuarat Penyelarasan Pembinaan Masjid & Surau Di Lenggong
September 8, 2021
Saya bersama Yang di-Pertua Majlis Daerah Lenggong, CADO Lenggong, Pegawai Tadbir Agama Lenggong, dan Ketua Ketua Jabatan yang bersama Jawatan Kuasa Pembinaan Majlis Surau mengadakan mesyuarat penyelarasan bagi pembinaan:
a. Masjid Daerah Lenggong
b. Masjid Kuala Kenderong Gerik
c. Surau SMK Dato Ahmad Lenggong
d. Masjid Dan Sekolah Agama Rakyat Kg Luat
e. Surau Taman Kota Tampan Lenggong
Alhamdulillah. Semua Masjid dan surau berkenaan sudah boleh dimulakan pembinaan. Manakala Masjid Daerah Lenggong dalam proses rekabentuk dan akan dibina setelah ianya selesai.
Semua ini adalah sumbangan Yayasan Al-Bukhary. Alhamdulillah.
#pelancongan #parlimenlenggong #akisgallery #SayangiLenggong #malaysia #rumahtiang16 #geopark #tourism