Mesyuarat Penyelarasan Pembinaan Masjid Kg Kuala Kenderong Gerik
January 17, 2022
Saya mengadakan perbincangan bersama YB ADUN Kenering, Pegawai Tadbir Agama Gerik, Pejabat Tanah Daerah Gerik, Majlis Daerah Gerik, Perunding & Kontraktor Projek serta Pengerusi & Setiausaha Pembinaan Masjid Kg Kuala Kenderong Gerik di Dewan Kg Kuala Kenderong Gerik.
Keputusan dicapai dimana pembinaannya akan dimulakan selepas Tahun Baru Cina (Bukan Februari 2022) Mulai Mac 2022 perlaksanaan sepenuhnya akan mula dilakukan sekiranya urusan teknikal selesai sepenuhnya.
Semoga Masjid Kg Kuala Kenderong Gerik (Dalam Kawasan Parlimen Lenggong) bernilai RM2 Juta ini akan memudahkan penduduk Kg Kuala Kenderong, Kg Padang, Kg Pulai Belayar, Kg Jagor beribadah di masjid ini.
Semoga Allah berkati usaha ini.