Mesyuarat Penyelarasan Parlimen KDN Jelang Sidang Jun 2026

June 12, 2026

PUTRAJAYA – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Parlimen Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang berlangsung pada Khamis malam.

Mesyuarat yang bermula pada jam 8.20 malam itu diadakan sebagai persediaan menghadapi Sidang Parlimen Malaysia pada Jun 2026.

Mesyuarat penyelarasan tersebut membincangkan pelbagai perkara berkaitan isu, dasar serta perundangan di bawah bidang kuasa KDN yang dijangka dibangkitkan oleh ahli-ahli Parlimen dalam sidang akan datang.

Ia bertujuan memastikan kesiapan kementerian dalam memberikan jawapan serta penjelasan yang komprehensif berhubung sebarang pertanyaan mahupun perbahasan berkaitan keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam.

Langkah beliau mempengerusikan mesyuarat tersebut mencerminkan tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri dalam memastikan KDN sentiasa bersedia dan proaktif menghadapi setiap sidang Parlimen.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help