Mesyuarat Pengurusan Parlimen Bil. 3/2026 Di Westin Hotel & Resort Kuala Lumpur

October 3, 2026

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Parlimen Bil. 3/2026 bertempat di Westin Hotel & Resort Kuala Lumpur, baru-baru ini, sebagai sebahagian daripada persediaan kementerian menjelang persidangan Parlimen yang akan datang.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah memaklumkan bahawa mesyuarat yang berlangsung selama tiga hari tersebut bertujuan untuk memperhalusi persediaan urusan kementerian di samping menyelaras jawapan bagi pertanyaan-pertanyaan Parlimen untuk Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas (M3P5P15).

Menurut beliau, persidangan Dewan Rakyat dijadualkan berlangsung selama 37 hari bermula 5 Oktober hingga 8 Disember 2026, manakala persidangan Dewan Negara pula akan berlangsung selama 14 hari bermula 30 November hingga 22 Disember 2026.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Dr. Awang Alik Jeman serta Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Kawalan), Datuk Haji Makhzan Mahyuddin.

Turut hadir ialah Setiausaha-setiausaha Bahagian, Ketua-ketua Jabatan dan Agensi serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help